Saturday 14 July 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Harian


Berikut merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian yang boleh digunapakai oleh guru-guru lain untuk mengajar subjek sayur-sayuran. Ada kalanya penggunaan bahan-bahan interaktif sesuai untuk menarik minat murid :


TARIKH  : 21 Jun 2012
Hari    : Khamis
MASA    : 8.00pagi -9.00pagi 
TAHUN   : 1 Taqwa

TAJUK : Kebun Datuk Anas 

HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Bercerita berdasarkan gambar
ii. Menyenaraikan alatan berkebun dan sayur-sayuran yang terdapat dalam gambar (Kata Nama Am)
iii. Memilih ayat yang sesuai berdasarkan gambar


FOKUS UTAMA :
3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai bahan
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal


FOKUS SAMPINGAN :
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul.


SISTEM BAHASA : Kata Nama Am
 
PENGISIAN ILMU: Sains, Kemahiran Hidup

NILAI : Kasih sayang, kerjasama, usaha

BAHAN BANTU MENGAJAR : Petikan, lembaran kerja, latihan interaktif,ICT,kad perkataan, kad ayat.

AKTIVITI


Gambar sayur-sayuran
1. Bendi
2. Terung
3. Petola
4. Kacang panjang
1.               Guru menunjukkan gambar sayur-sayuran.
2. Guru menyoal murid:
a) Gambar apakah ini?
b) Di manakah sayur-sayuran ini ditanam?
3. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran  pada hari ini.



Tajuk petikan: Kebun Datuk Anas
1. Murid membaca petikan yang dipaparkan dipapan hitam.
2. Murid bercerita tentang cerita yang dibaca.
3. Murid menjawab soalan guru secara lisan.

Kata Nama Am:
1. bayam
2. bendi
3. kangkung
4. terung
5. petola
6. kacang panjang
1. Murid menyebut beberapa perkataan yang telah dihitamkan pada petikan tersebut.
2. Murid menyesuaikan perkataan dengan gambar yang betul.
3. Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang telah dihitamkan.



Mengelas jenis sayur dan alatan berkebun
1.                      Guru menunjukkan gambar pekebun sedang berkebun.
2. Murid diminta mengecam alatan berkebun dan sayur-sayuran.
3. Murid mengelaskan gambar mengikut kategori alatan berkebun dan sayur-sayuran.
4. Murid memilih ayat yang betul berdasarkan gambar.


Nilai-nilai murni:
1. Kerjasama
2. Usaha
3. Kasih-sayang
1. Guru menyuruh murid mencantumkan huruf supaya menjadi satu perkataan yang bermakna.




No comments:

Post a Comment