Saturday 14 July 2012

Langkah 3

Tempoh : 15 minit

Langkah 3.1

Pada langkah ke-3 ini, guru akan melakukan aktiviti mengelas jenis sayur dan juga memperkenalkan alatan untuk berkebun. 

Bagi aktiviti mengecam, guru akan memperkenalkan satu gambar berpandu ( gambar pekebun sedang berkebun ) di mana murid dikehendaki untuk mengecam segala alatan dan juga sayur-sayuran yang terdapat di dalam gambar. 

Pada langkah ini ,guru bolehlah menyediakan satu lampiran kerja kepada murid bagi memastikan bahawa semua murid mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.








Langkah 3.2


Kemudian proses pengajaran dan pembelajaran ini diteruskan dengan aktiviti mengelas gambar. Murid dikehendaki untuk mengelaskan gambar mengikut kategori alatan berkebun dan sayur-sayuran dalam masa yang ditetapkan oleh guru.


Gambar alatan berkebun :







Gambar sayur-sayuran :







Jawapan : 
1. Sayur-sayuran
-terung, kangkung, petola, kacang panjang, bendi.


2. Jenis alatan berkebun
- cangkul, penyudip tanah, baldi penyiram pokok.


Langkah 3.3

Akhir sekali, murid dikehendaki untuk memilih ayat yang betul berdasarkan gambar yang dikelaskan itu tadi. 



 Contoh Lembaran Kerja






Pilih ayat yang betul


a) Datuk Anas sedang menyiram pokok sayur-sayurannya.


b) Nenek Anas sedang membubuh baja pada tanamannya.


c) Datuk Anas sedang mengcangkul tanah untuk dijadikan batas.



____________________________________________








____________________________________________






____________________________________________




No comments:

Post a Comment