Saturday, 14 July 2012

Langkah 2

Tempoh : 15 minit


Langkah 2.1 


Guru memperkenalkan Kata Nama Am kepada murid berdasarkan kepada petikan yang telah dibincangkan sebentar tadi. Perkataan tersebut adalah :
1. bayam
2. bendi
3. kangkung
4. terung
5. petola
6. kacang panjang.


Langkah 2.2


Guru memberi tips kepada murid untuk mencari perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu tadi di dalam petikan yang telah dibincangkan. Di sini murid akan disuruh untuk menyebut satu persatu perkataan yang telah dihitamkan tersebut di dalam petikan itu tadi.


Langkah 2.3


Kemudian guru akan menyediakan semula gambar berpandu itu tadi untuk disesuaikan dengan 6 perkataan yang baru diperkenalkan itu tadi. Murid dipilih secara rawak untuk menyesuaikan gambar dengan perkataan dengan betul.


Langkah 2.4


Guru kemudiannya menyediakan 4 jenis ayat mudah. Di sini murid akan mengisi tempat kosong menggunakan perkataan yang diperkenalkan itu tadi.

No comments:

Post a Comment