Saturday 14 July 2012

Langkah 1



Tempoh : 15 minit

Langkah 1.1

 Pada langkah ini , guru akan memberikan sebuah petikan kepada murid untuk dibaca dalam masa 3 minit. Tajuk petikan tersebut ialah ' Kebun Datuk Anas ' . Antara arahan dan juga aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru pada ketika itu ialah : 

1. Murid dikehendaki untuk membaca petikan yang disediakan oleh guru.

2. Murid dikehendaki bercerita tentang cerita yang dibaca.

3. Murid dikehendaki untuk menjawab soalan guru secara lisan.

 Contoh Petikan :

       Ini kebun sayur Datuk Anas. Datuk Anas dan Pak Amir sedang membuat batas. Dia menggunakan cangkul untuk membuat batas. Di kebun datuk ada sayur bayam, bendi dan kangkung. Selain daripada itu ada sayur petola, kacang panjang, dan terung. Anas membantu datuknya menyiram sayur setiap hari. Nenek Anas, Mak Jah pula membubuh baja pada sayur-sayurannya. Sayur-sayurannya hidup dengan subur.









No comments:

Post a Comment