Wednesday 18 July 2012

Sumber Rujukan




1.Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1. 
   Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
   Dewan Bahasa Dan Pustaka 2003

2.Buku Rampaian Dan Penulisan Tahun 1 
   Cemerlang Publications Sdn.Bhd.

Saturday 14 July 2012

Set Penutup

Tempoh : 5 minit

Langkah 4.1


Sebelum mengakhiri kelas pada hari tersebut, guru akan menerapkan beberapa nilai murni kepada murid untuk dijadikan iktibar dan tauladan dalam kehidupan seharian. Antara nilai murni yang boleh diketengahkan ialah :


1. kerjasama
2. usaha
3. kasih-sayang.


Langkah 4.2


Bagi menguji sejauh mana penerapan nilai-murni yang diterangkan oleh guru itu tadi berkesan mahupun tidak, guru boleh juga menjalankan aktiviti permainan bahasa iaitu permainan ' mencantumkan huruf supaya menjadi satu perkataan yang bermakna '.


Antara perkataan yang boleh diguanakan ialah :


'Kebun Datuk Anas '







 

Langkah 3

Tempoh : 15 minit

Langkah 3.1

Pada langkah ke-3 ini, guru akan melakukan aktiviti mengelas jenis sayur dan juga memperkenalkan alatan untuk berkebun. 

Bagi aktiviti mengecam, guru akan memperkenalkan satu gambar berpandu ( gambar pekebun sedang berkebun ) di mana murid dikehendaki untuk mengecam segala alatan dan juga sayur-sayuran yang terdapat di dalam gambar. 

Pada langkah ini ,guru bolehlah menyediakan satu lampiran kerja kepada murid bagi memastikan bahawa semua murid mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.








Langkah 3.2


Kemudian proses pengajaran dan pembelajaran ini diteruskan dengan aktiviti mengelas gambar. Murid dikehendaki untuk mengelaskan gambar mengikut kategori alatan berkebun dan sayur-sayuran dalam masa yang ditetapkan oleh guru.


Gambar alatan berkebun :







Gambar sayur-sayuran :







Jawapan : 
1. Sayur-sayuran
-terung, kangkung, petola, kacang panjang, bendi.


2. Jenis alatan berkebun
- cangkul, penyudip tanah, baldi penyiram pokok.


Langkah 3.3

Akhir sekali, murid dikehendaki untuk memilih ayat yang betul berdasarkan gambar yang dikelaskan itu tadi. 



 Contoh Lembaran Kerja






Pilih ayat yang betul


a) Datuk Anas sedang menyiram pokok sayur-sayurannya.


b) Nenek Anas sedang membubuh baja pada tanamannya.


c) Datuk Anas sedang mengcangkul tanah untuk dijadikan batas.



____________________________________________








____________________________________________






____________________________________________




Langkah 2

Tempoh : 15 minit


Langkah 2.1 


Guru memperkenalkan Kata Nama Am kepada murid berdasarkan kepada petikan yang telah dibincangkan sebentar tadi. Perkataan tersebut adalah :
1. bayam
2. bendi
3. kangkung
4. terung
5. petola
6. kacang panjang.


Langkah 2.2


Guru memberi tips kepada murid untuk mencari perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu tadi di dalam petikan yang telah dibincangkan. Di sini murid akan disuruh untuk menyebut satu persatu perkataan yang telah dihitamkan tersebut di dalam petikan itu tadi.


Langkah 2.3


Kemudian guru akan menyediakan semula gambar berpandu itu tadi untuk disesuaikan dengan 6 perkataan yang baru diperkenalkan itu tadi. Murid dipilih secara rawak untuk menyesuaikan gambar dengan perkataan dengan betul.


Langkah 2.4


Guru kemudiannya menyediakan 4 jenis ayat mudah. Di sini murid akan mengisi tempat kosong menggunakan perkataan yang diperkenalkan itu tadi.

Langkah 1



Tempoh : 15 minit

Langkah 1.1

 Pada langkah ini , guru akan memberikan sebuah petikan kepada murid untuk dibaca dalam masa 3 minit. Tajuk petikan tersebut ialah ' Kebun Datuk Anas ' . Antara arahan dan juga aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru pada ketika itu ialah : 

1. Murid dikehendaki untuk membaca petikan yang disediakan oleh guru.

2. Murid dikehendaki bercerita tentang cerita yang dibaca.

3. Murid dikehendaki untuk menjawab soalan guru secara lisan.

 Contoh Petikan :

       Ini kebun sayur Datuk Anas. Datuk Anas dan Pak Amir sedang membuat batas. Dia menggunakan cangkul untuk membuat batas. Di kebun datuk ada sayur bayam, bendi dan kangkung. Selain daripada itu ada sayur petola, kacang panjang, dan terung. Anas membantu datuknya menyiram sayur setiap hari. Nenek Anas, Mak Jah pula membubuh baja pada sayur-sayurannya. Sayur-sayurannya hidup dengan subur.









Set Induksi

Tempoh :  5 minit


Langkah 1.1
Langkah ini dimulakan oleh guru di mana beliau akan memperkenalkan 4 jenis sayur kepada murid berserta dengan gambar.Sayur yang akan diperkenalkan oleh guru adalah seperti berikut :


1. Bendi






2. Kacang Panjang 






3. Petola





4. Terung 








Langkah 1.2 (Sesi Soal Jawab)
Sesi Set Induksi ini kemudiannya akan diteruskan kepada sesi soal jawab. Guru dikehendaki untuk menyoal sekurang-kurangnya 3 soalan yang berkaitan dengan gambar. Antara soalan yang boleh dikemukakan ialah :


1. ' Apakah gambar ini ' ?
2. ' Di manakah sayur-sayuran itu ditanam '?
3. ' Di manakah kamu boleh mendapatkan sayur-sayuran tersebut ' ?




Langkah 1.3 (Memperkenalkan Tajuk Kepada Murid)
Guru mengaitkan gambar-gambar yang disebutkan tadi terhadap tajuk 'Sayur-Sayuran' yang ingin diajar pada langkah seterusnya.



Contoh Rancangan Pengajaran Harian


Berikut merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian yang boleh digunapakai oleh guru-guru lain untuk mengajar subjek sayur-sayuran. Ada kalanya penggunaan bahan-bahan interaktif sesuai untuk menarik minat murid :


TARIKH  : 21 Jun 2012
Hari    : Khamis
MASA    : 8.00pagi -9.00pagi 
TAHUN   : 1 Taqwa

TAJUK : Kebun Datuk Anas 

HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Bercerita berdasarkan gambar
ii. Menyenaraikan alatan berkebun dan sayur-sayuran yang terdapat dalam gambar (Kata Nama Am)
iii. Memilih ayat yang sesuai berdasarkan gambar


FOKUS UTAMA :
3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai bahan
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal


FOKUS SAMPINGAN :
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul.


SISTEM BAHASA : Kata Nama Am
 
PENGISIAN ILMU: Sains, Kemahiran Hidup

NILAI : Kasih sayang, kerjasama, usaha

BAHAN BANTU MENGAJAR : Petikan, lembaran kerja, latihan interaktif,ICT,kad perkataan, kad ayat.

AKTIVITI


Gambar sayur-sayuran
1. Bendi
2. Terung
3. Petola
4. Kacang panjang
1.               Guru menunjukkan gambar sayur-sayuran.
2. Guru menyoal murid:
a) Gambar apakah ini?
b) Di manakah sayur-sayuran ini ditanam?
3. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran  pada hari ini.



Tajuk petikan: Kebun Datuk Anas
1. Murid membaca petikan yang dipaparkan dipapan hitam.
2. Murid bercerita tentang cerita yang dibaca.
3. Murid menjawab soalan guru secara lisan.

Kata Nama Am:
1. bayam
2. bendi
3. kangkung
4. terung
5. petola
6. kacang panjang
1. Murid menyebut beberapa perkataan yang telah dihitamkan pada petikan tersebut.
2. Murid menyesuaikan perkataan dengan gambar yang betul.
3. Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang telah dihitamkan.



Mengelas jenis sayur dan alatan berkebun
1.                      Guru menunjukkan gambar pekebun sedang berkebun.
2. Murid diminta mengecam alatan berkebun dan sayur-sayuran.
3. Murid mengelaskan gambar mengikut kategori alatan berkebun dan sayur-sayuran.
4. Murid memilih ayat yang betul berdasarkan gambar.


Nilai-nilai murni:
1. Kerjasama
2. Usaha
3. Kasih-sayang
1. Guru menyuruh murid mencantumkan huruf supaya menjadi satu perkataan yang bermakna.




Video Sayur- Sayuran Di Malaysia

Sayur-sayuran di Malaysia yang sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat
dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.Marilah sama-sama kita belajar sambil berhibur dengan video yang telah saya paparkan di sini.





Photo Cube Generator